Pelanggan Wajib
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai dokumen untuk memandu kereta di Malaysia
- Tidak menyerahkan kereta kepada orang lain untuk memandu atau sebagainya. Pelanggan yang di daftarkan di agreement 100% bertanggungjawab ke atas kereta jika sebarang masalah berlaku.
- Ada tanggungjawab ke atas kereta yang di sewa.
- Memaklumkan segala masalah kepada Pihak Syarikat@Wakil Syarikat.
- Minima sewaan adalah sehari.
- Wajib menjelaskan setiap saman atau kerosakan yang telah di buat kepada kereta.
- Mengambil tahu dan mengambil berat tentang keadaan kereta. Kereta tersebut adalah tanggungjawab anda. Jaga macam kereta sendiri.
- Tidak boleh di bawa ke LUAR NEGARA.
Sewaan &Tempahan
- segala transaksi booking atau order haruslah melalui admin kami melalui aplikasi "whatapps".
- Pelanggan di galakkan memberi masa sekurangnya 1 jam kepada pihak kami jika anda inginkan servis delivery atau pick up dengan syarikat kami.Ini adalah untuk memudahkan pihak kami menyusun atur masa dan giliran penhantaran kepada supaya servis kami lebih efisyen
- Order kurang dari 1 jam di galakkan untuk ambil kereta terus di ofis kami . Pihak kami tidak akan menghantar kereta yang kurang dari 1 jam dari waktu anda lock order dengan kami.
- Anda digalakkan untuk booking awal order anda sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh anda ingin menggunakan servis kami untuk memudahkan pihak kami menyusun atur jadual penghantaran kepada anda
- Bijaklah mengatur jadual perjalanan anda.
Pembayaran
- Bayaran Penuh termasuk Cagaran semasa terima kunci kereta dari pihak@wakil syarikat.
- Cagaran yang di terima pihak syarikat hanya dalam berbentuk wang tunai.
- Setiap kali ingin menambah masa sewaan.Pembayaran wajib dibuat setiap hari sebelum 12 a.m pada tarikh tersebut.
- gagal menjelaskan pembayaran dalam masa 24jam.Proses penarikan semula kereta akan di buat. Segala kos yang di keluarkan oleh penarik kereta seperti minyak@tol@tambang@masa akan di cas kepada penyewa@penjamin.
- setiap tempahan kereta melalui operator kami@whatapps@sms@call akan di kenakan pembayaran wang pendahuluan tempahan minima sebanyak RM50.
- Contoh:-Ali perlu membayar RM300 untuk sewaan kereta minggu hadapan.Ali menempah kereta melalui whatapps.Ali harus membayar minima RM50 dari amaun yang perlu di bayar. Jika Ali membayar RM100 wang pendahuluan. Jadi di tarikh untuk mengambil kereta. Ali hanta perlu membayar RM200 sahaja.
- Tempahan percuma hanya bole di buat di laman web ketasewadelivery.com.
- Cagaran akan dipulangkan serta merta ataupun dalam waktu 5 hari bekerja jika tiada sebarang masalah.
Cas Tambahan dan Servis Cas
- Harga Servis "delivery & pick up service bagi Kawasan Sungai Petani - RM10/1way (RM15/2way) 9am-9pm sahaja.
- Penghantaran@pick up servis di luar kawasan akan di ambil RM1/km. Sila rujuk pihak anda berurusan berapa cas di kenakan
- untuk pengetahuan anda kami juga ada cas servis bagi anda yang mempunyai kecemasan dan perlu untuk menyewa kereta di luar waktu kami beroperasi
- servis ini adalah untuk membantu anda yang memerlukan kerenderaan walaupun di luar waktu operasi kami.
- tiada cas akan dikenakan didalam waktu kami beroperasi bermula dari 9 pagi-9malam setiap hari melainkan cas tambahan masa dan cas penghantaran sahaja
- cas ini adalah cas yang berasingan dengan cas penghantaran yang kami kenakan
- Caj Servis di luar waktu beroperasi:- 6am-9am. = RM20 - 9pm-12am = Rm30 - 12am-6am = RM50
- Cas ini tidak termasuk cas lewat@cas per/jam.
- Cas lewat berbeza mengikut jenis kereta.Sila rujuk dengan operator mengenai berapa cas lewat bagi kereta yang ada sewa.
- Untuk sewaan 1 hari & kebawah :- Maximum mileage hanyalah 500KM, Caj tambahan 1 hari atau 1/2 hari akan dikenakan mengikut lebihan mileage tersebut
Minyak
- penyewa perlulah memulangkan semula minyak dalam keadaan yang sama dengan kadar yang diterima dari pihak pnyedia perkhidmatan
- Gagal untuk melaksanakan hal di atas akan dikenakan cas RM10/bar atau mengikut amaun yang telah di tentukan pihak penyedia perkhidmatan. sila rujuk pengawai bertugas tentang kadar cas tersebut.
- DILARANG sama sekali untuk membawa sebarang minuman keras atau dadah di dalam kerenderaan milik syarikat.. Penalti minima RM100 bagi stiap item yang di jumpai atau kereta berbau minuman keras atau perkara di atas.
- Anda juga x di benarkan untuk merokok di dalam kereta milik penyedia perkhidmatan. Penalti minima RM50 jika kereta penyedia perkhidmatan berbau rokok
- Penalti RM50 jika makanan atau minuman tertumpah di dalam kereta dan berbau tidak menyenangkan seperti ikan.. durian.. muntah dan sebagainya.. kebersihan kereta adalah tanggungjawab anda.
- Sila tanya jika tidak faham. Jangan buat diam. Kami tiada kuasa untuk baca fikiran anda. Ini bukan cerita superhero. Plezz ya..mohon paham.
Saman
- Pihak penyewa bertanggungjawab untuk menjelaskan semua saman anda termasuk polis,jpj,majlis pembandaran dan sewaktu dengannya
- Sila jelaskan saman anda.Ia adalah tanggungjawab anda.
- Jika anda gagal berbuat demikian, nama anda bakal disenarai hitam oleh pihak kami.
Kerosakan Pada Kereta
- Syarikat bertanggungjawab atas kerosakan mekanikal kereta.Keselamatan anda memang selalu kami titik beratkan. Akan tetapi jika kerosakan atas kecuaian anda.Pihak syarikat TIDAK akan menanggung kosnya.
- Antara kerosakan yang x di tanggung penyedia perkhidmatan.(tayar pancit terkena paku@benda tajam@kemalangan,calar@kemek@rosak akibat kemalangan)
- kos bawah RM1000 di galakan penyewa tanggung.Kos atas RM1000 proses claim insurans akan di buat.
- kos yang perlu di tanggung pelanggan jika claim insuran excess insuran RM400(berbeza ikot bengkel dan kami tak ambik sekupang pun semua insuran yang sebat), installment kereta dengan bank pelanggan kena tanggung jika kereta sangkut di bengkel sebulan dan ke atas.
- proses pemulangan wang cagaran kepada pelanggan akan dibuat dalam masa 14 hingga 30 hari bekerja.
- Jangan panik jika berlaku kemalangan. Hubungi pihak penyedia perkhidmatan sebelum membuat repot polis atau keputusan.
- Kemalangan di sebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab .. contoh memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.. pihak syarikat tidak bertanggungjawab atau menanggung kos kerosakan.. penyewa 100% harus menanggung kesemua kos tersebut

